Seorang wanita yang dikenali sebagai Mazni sedang memandu pulang ke
kampung halamannya. Sewaktu dalam perjalanan, dia telah ditahan oleh seorang
wanita bertudung putih dan meminta keizinan untuk menumpang. Ceritanya bermula ..
Mazni baru mendapat kerja diutara tanah
air. Memang hajat Mazni untuk pulang ke kampung halamannya kerana ingin
menjaga ibunya yang sakit dikampung. Lagipun, Maznilah satu satunya
harapan ibunya kerana bapanya telah meninggal dunia ketika Mazni berumur
15 tahun dan Mazni tidak mempunyai adik beradik yang lain kerana dia
anak tunggal.
Walaupun berat hati Mazni untuk berpindah
dari ibu kota ke kampung halamannya namun apabila mengenangkan ibunya
yang tinggal seorang diri dikampung, Mazni pasrah. Selama hampir 6
tahun, Mazni tinggal dibandar dan kalau boleh dia ingin membawa ibunya
tinggal bersama namun ibunya enggan mengikut kerana dia lebih selesa tinggal dikampung. Setelah mengemaskan barang barangnya, Mazni bersalam salaman dengan
kawan serumahnya. Memang sedih kerana terpaksa berpisah dengan mereka disebabkan hubungan mereka yang rapat seperti adik beradik. Namun demi ibu
tersayang, Mazni terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuatnya.
Mazni sengaja memandu pada waktu malam
untuk pulang ke kampungnya kerana perjalanan pada waktu malam lebih
selesa dan sejuk. Lagipun Mazni memandu seorang diri pada malam itu.
Sambil mendengar lagu lagu diradio, Mazni teringat akan ibunya. Memang
ibu tua itu banyak berkorban demi Mazni kerana setelah kematian bapanya,
ibunyalah yang berkerja keras menyara dan membesarkan Mazni. Jam
menunjukkan tepat 12.30 malam. Walaupun hari sudah larut malam, mata
Mazni masih segar ..
Memandu di kawasan lebuhraya memang tidak
memenatkan tetapi Mazni kurang suka memandu dilebuhraya kerana dia
cepat mengantuk tambah pula memandu kereta auto. Selepas
melalui laluan lebuh raya, Mazni masuk pula ke laluan jalan biasa.
Sedang asyik Mazni memandu, tiba tiba kenderaannya ditahan oleh seorang wanita tua bertudung putih ..
Tanpa banyak soalan, Mazni mempelawa
wanita tua itu menaiki keretanya. Wajah wanita tua itu kelihatan
pucat. Dia tidak banyak bercakap dengan Mazni. Sambil menunggu sampai
ke rumahnya, wanita tua itu sempat berzikir. Tersentuh hati Mazni
melihat wanita tua itu. Teingat dia pada ibunya. Tentu ibunya sedang
menunggu kepulangannya dirumah. Sambil memandu, Mazni sempat mencuri
pandang wajah wanita itu. Wjahnya tidak jelas kerana ditutupi oleh selendang putih dikepalanya.
Tetapi apabila mendengar suaranya, dia
seperti biasa dengan suara itu. Begitu juga perwatakan wanita tua itu.
Memang seperti biasa dengan diri Mazni. Mazni ingin bersenbang dengan
wanita tua itu tetapi apabila melihat wanita itu sibuk berzikir,
hajatnya untuk sembang terbantut. Tiba di satu simpang, wanita itu menyuruh Mazni menurunkannya di situ.
Pelik jugak dihati Mazni kerana setahu Mazni, tidak ada rumah dikawasan
itu tetapi wanita itu beria ia memberitahu Mazni bahawa rumahnya
terletak jauh ke dalam ..
Bersambung .. Episod 2
2 comments:
huish! ntah2 mak die ..
mungkinkah ?
Post a Comment