Thursday, April 12, 2012

Bersedia atas ujian Allah seterusnya..

Assalamualaikum..


Negara jiran kita di Aceh, Indonesia petang tadi digemparkan dengan gegaran yang berukuran 8.9 skala ritcher yang boleh menyebabkan Tsunami. Alhamdulillah, setakat ni takde lagi kehilangan nyawa. akibat daripada gegaran petang tadi, aku yang ada kat Sabak Bernam di bahagian persisiran pantai turut mengalami sedikit gegaran selama 3 minit lebih..

Dari apa yang aku tahu pada malam tadi dan seterusnya sehingga 48 jam, Tsunami akan bakal tiba. sebagaimana yang baru dimaklumkan sebentar tadi pula, bahawa amaran amaran Tsunami yang dibuat telah ditarik semula. dan aku terus memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih diberikan peluang..



Doa berlindung dari Malapetaka :
“Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung diri dengan-Mu daripada tertimpa keruntuhan, aku berlindung diri dengan-Mu daripada malapetaka kejatuhan, aku berlindung diri dengan-Mu daripada bahaya tenggelam, kebakaran dan ketuaan, aku berlindung diri dengan-Mu agar fikiranku tidak dikucar-kacirkan oleh syaitan ketika menghadapi maut. Aku berlindung dengan-Mu agar aku tidak mati dalam keadaan berpaling daripada jalan-Mu. Aku berlindung diri dengan-Mu agar aku tidak mati kerana terkena binatang berbisa.”


(Suhan Abi Daud no. 1554)

2 comments:

najihahfara said...

semoga kita semua dilindungi

Muhamad Syafiq said...

Insha'Allah..