Tuesday, April 24, 2012

Buah Pinggang Anda Perlu Dijaga

Assalamualaikum..

Pertama, Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter bersamaan lapan gelas sehari terutamanya kepada orang yang kerja kuat serta mandi peluh tanpa mengeluarkan sebarang bauan. part tu, hanya gurauan semata mata. kalau boleh, cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala jenis kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana..

Mi Mi segera seperti mi maggi yang sangat famous di kalangan students apabila tiba penghujung semester.. Alhamdulillah, kali terakhir aku merasa mungkin tahun lepas.. dan makanan ringan seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan buah pinggang diserang bertubi tubi. boleh tu boleh, tapi cuba gantikan mi kuning dengan spageti. roti canai pula dengan capati dan tosei..

Minuman seperti nescafe, sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ni sendiri mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa. 'Mengeteh' di kedai juga perlu dielakkan. sebab apa ? kadangkala teh yang ada kat kedai tu adalah teh ‘recycle’ yang dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.. "Jom mengeteh dulu !"

Pengambilan coklat perlu dielakan walaupun aku tahu ramai kat luar sana dilebelkan Hantu Coklat. pengambilan air milo juga perlu diminimumkan. seeloknya, gantikannya dengan horlick. dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana ianya juga boleh merosakkan buah pinggang..

Kurangkan pengambilan ayam + daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam tu dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan dengan cara injection. cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ni tak mengandungi ubat-ubatan terlarang dan sememangnya ayam yang fresh graduate !

Serba sedikit untuk perkongsian bersama, terima kasih.


No comments: