Saturday, April 14, 2012

Al-Kisah..




Kisah 1

Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari. Apa yang ada dalam fikiran melayu? Sebab dia sayang kucing ? ataupun kucing tu makan banyak ?

Jawapan cina tersebut.. "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan, bagi duit mesti tak nak. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."

Kisah 2

Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik. Suatu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England. Apa yang ada dalam fikiran melayu ? Kedai buruk tapi duit dia banyak ? ataupun terpaksa bergadai tanah atau meminjam dari orang ?

Jawapan cina tersebut.. "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."

Kisah 3

Pihak Masjid mahu mengubahsuai Masjid, bajet yang diperuntukkan hanya 20 ribu. Dicarinya kontraktor melayu. Apa yang ada dalam fikiran kontraktor melayu? Bila sebut harga katanya hanya 20 ribu katanya. Pihak Masjid pula mencuba dengan kontraktor cina. Terkejut Imam kerana harga hanya 12 ribu.

Jawapan cina tersebut.. "Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."



No comments: