Monday, November 28, 2011

8 Jenis Lelaki Perempuan tak suka ?


Lelaki ' Tikus '

Dalam erti kata lain, lelaki yang suka buat bunyi macam ' tikus ' untuk memanggil perempuan . Zaman sekarang ni, aku rasa dah tak main dah ' phewit phewit ' semua bagai tu pakai hujung mulut . Lagi menambahkan benci adalah . kalau kena jelingan tajam sebagai tanda benci oleh awek tu takpe gak . Jangan sampai awek tu pusing balik tunjuk jari fu** kat korang sudah .. kalau ' Titus Bonai ' tu lain pulak cerita dia ..

Lelaki ' Bajet Cool '

Lelaki jenis ni, mungkin jugak akibat terpengaruh oleh lakonan Farid Kamil dalam "I’m Not single" dan "Lagenda Budak Setan" . Setiap pergerakan yang tu mesti dalam slow motion dan keep steady . maybe setiap hidup diorang ni diiringi muzik-muzik romantik . Tapi kan, bila dah terlebih bajet cool, bukan perempuan je, member lelaki yang tengok pun boleh naik meluat . nak jaga personaliti la katakan . Contoh paling mudah, nak ajak pergi kedai makan depan rumah memalam pun kena smart . siap pakai cermin mata warna hitam lagi . " Abang saya nak tanya, abang ni macho ke buta ? "

Lelaki ' Terlebih Lelaki '

Lelaki macam ni, biasanya dia akan merasakan dirinya ' Anti Perempuan ' . Tak pun kena sentiasa nampak ' kerek ' sambil muka ketat . kalau pandang muka lelaki macam ni biasanya, mata dia mesti macam orang nak ajak bergaduh . Aku rasa, perangai ni kena ubah sikit ' bro ' . Apa yang korang bagi, tu la yang perempuan akan balas . "What u give, u get back" . Tunjuk muka masam je sapa nak dekat kan ? kalau buat muka ketat kira ok lagi la . Tapi kalau perempuan tu tau kau ni kaki pukul perempuan, sebaik baiknya kau dah lupakan la impian nak kahwin dengan perempuan . Melainkan dia tu ' bonzer dancing ' kelab malam .

Lelaki ' Suka Bocor Rahsia Perempuan '

Lelaki macam ni memang akan jadi bahan perbualan pihak perempuan . Suka sangat menyibuk kalau perempuan tu bergosip . kalau tak dapat join mulalah kata .. Perempuan tu sombonglah, nak merajuklah . Serupa Boboboi . Tapi, bila dah dapat join .. Perangai dia, kalah perangai perempuan. nak pulak, dia akan berusaha sedaya upaya menyebarkan rahsia seseorang sampai 7 daerah yang berdekatan . Habis semua orang dia nak bagitau ..

Lelaki ' Tak Pandai Jaga Hati Perempuan '

Majoriti perempuan mengharapkan lelaki memahami diri diorang sebab diorang ni kaum yang lemah kerana hati diorang seperti ' roti tisu yang mudah koyak ' . cepat terluka . betul ke statement tu ? Jadi, kalau kaum lelaki ni suka benar kacau perempuan tak kena tempat . sampai waktu dia sedih pun korang boleh ' happy meal ' terlompat-lompat macam beruk kacau kaum hawa ni, macam mana nak nampak gentleman .
 
Lelaki ' Pengotor '

Zaman sekarang ni, aku rasa ramai lelaki dah sedar benda ni . sebab tu ramai dah mula ambil berat pasal diri . kan ? Tapi ada jugak tu yang abaikan benda ni . Ketiak dah berbau kerbau, stoking bau sotong kering, misai, janggut, bulu hidung, bulu ketiak dan segala bulu yang tak terurus hingga boleh bukak bisnes ternak menternak semua . Kuku tu pulak ada kesan makanan yang baru keluar daripada perut . Alamak, aku baru nak g makan ni . haha ! 

Lelaki ' Takde Pendirian '

Ni la benda yang paling penting untuk menentukan sama ada dia tu ' gentelman ' atau gentleman . kerana keputusan seseorang lelaki tu amat bermakna kepada perempuan . Takkan asal perempuan tanya je mesti kau reply, " ikut you lah ".. kalau boleh, semua benda nak perempuan tu decide . Jangan sampai nafkah batin pun serah kat perempuan sudah . Tapi, kalau bab bab talak mentalak ni, dia memang super power ! . Talak je kerjanya . yang ni pun, rasanya dah boleh lupakan impian angan angan nak kahwin gak .

Lelaki ' Suka Cerita Benda Lucah '

Lelaki macam ni tak akan dapat banyak pilihan untuk pilih perempuan . Kalau ada pun perempuan yang tunjuk minat nak kahwin dengan korang tu, cepat-cepatlah kahwin . Siapa tahu mungkin dia adalah 1 dalam 1000 je yang dapat terima ' seadanya ' perangai korang tu . Lagipun, kalau dah mampu baik kahwin je . Benda baik tak elok dilambat lambatkan . Takut lain pulak jadinya ...


No comments: