Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
Aku tertarik dengan lagu ni sambil membuatkan aku berfikir sejenak setiap baris yang dibawa terutama sekali part Malique. mempunyai 'double meaning' tersendiri. lebih kepada nasihat dan teladan ditambah dengan sindiran sinis. mengenai diri sendiri, mayarakat melayu..
Ada diantara orang melayu sendiri suka kata mengata belakang, kutuk mengutuk.. dalam masa yang sama pula dia sendiri tak tau apa yang dia cakapkan.. jarang dipertemukan dengan lagu Melayu macam ni sekarang..
Beza manusia yang tahu dan tak tahu diibaratkan seperti katak yang melalak duduk di bawah tempurung, tempurung tu dalam kotak, kotak itu pula membawa cermin kotak, cermin kotak dalam teratak, dan teratak itu berada di hujung kampung..
Kita semua berkongsi warna mata yang sama, tapi bukan warna hati..
Kita semua berkongsi warna mata yang sama, tapi bukan warna hati..
6 comments:
mmg mendalam maksud
cukup mendalam :D
cara berfikir setiap org berbeza
Allah telah mengurniakan akal fikiran setiap manusia berbeza. jika kesemua mempunyai cara berfikir yang sama tak ke bosan ? :)
lagu ni kan berkaitan hantu.. hantu xterima bumi.. maafkan la dia... moga rohnya aman..
kata2 malique - dengarkan..fikirkan..zikirkan..dikirkan
Post a Comment