Monday, March 28, 2011

Gempa Semakin Menghampiri MALAYSIA


selamat hari ISNIN ! memang pagi yg dinanti-nantikan oleh semua umat, terutamanya orang bekerja, bersekolah dan berberapa lagi. *ceh, ini ayat perli. pagi ni saya tertarik beberapa entry menarik dari newspapaer KOSMO online yg sempat di usha sesampainya ke opis 'sayang' awal pagi tadi berkenaan titik gempa semakin hampir dengan MALAYSIA. jom baca lagi...



KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan. Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

sumberKosmo
 

sehubungan dgn itu... kita (rakyat) semua diharapkan agar dpt menerima sebarang kemungkinan jika berlakunya kejadian yg tak diingini berlaku ke atas negara kita... tambahan berita dari KOSMO online lagi mengatakan...

 


KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.

Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi. Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.

"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.

"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

sumberKosmo
 


~sharing is caring©~



6 comments:

HazHand said...

ko agak2,mne eh tmpt plg slamat kat mlaysia ni nnt??

fatin zulkifli said...

epy, beberapa lagi tu refer kepada orang yang bercuti ke? haha

Muhamad Syafiq said...

otai blogger : ko ceciter. cameroon kot~ inshaAllah :)

Muhamad Syafiq said...

atin : yela kot atin. kau pun tergolong sekali ke ? haha

fatin zulkifli said...

mungkin?

Muhamad Syafiq said...

kau rupanya! patut la~