Sunday, March 20, 2011

adakah ianya suatu bala?



adakah tsunami di jepun disebabkan bala
akibat daripadaperbuatan manusia sendiri seperti dalam 
video dibawah ni atau ianya telah ditakdirkan sejak awal lagi ?
entry ni bukanlah nak menjatuhkan maruah negara itu, tambahan pula hampir seluruh negara jepun itu disapu bersih oleh tuan tsunami. so, hope korang semua nilai sendiri.
apa-apa pun, tazkirah takziah buat warga jepun disana.
 -_- check this out -_-

 




ok, pada pandangan saya dalam situasi cam gini, kita tak boleh salahkan sesapa pun seeloknya. baik yang beragama islam mahupun tak. korang pun rasanya mesti da biasa tgk kes2 kasi pedajal binatang sana sini,   hampuk sana, hampuk sini. bakar sana, bakar sini. kasi bakar!!! *tak habis2 gaya ucop gak yg keluar. adakah ianya suatu TREND masa kini ?  pada  hakikatnya, umat manusia khususnya dalam video ni mereka mesti   sikit    pun tak tau kan... sebenarnya, ISLAM menganggap haiwan adalah sebahagian daripada makhluk yang hidup di  dunia, mempunyai hak  serta berhak dihormati dan tidak dizalimi. *maafkan jika silap.  bukankah begitu ? baiklah, untuk menstabilkan kata2 konkritku diatas itu, ana tertarik menarik serta bersemangat   untuk mencari hadis serta riwayat  yang berkaitan tentang hormat-menghormati sesama makluk di dunia ini   juga sekadar peringatan  kita bersama walaupun ana  tak de la  terer bab2 berhadis dan berfirman ni  sebab kalau lebih-lebih kang jadi ayah pin nanti! haha (gelak besar) tapi boleh la ("macam  kenal je ayat  ni".  ustat mana la ana tapau ayat ni pun tak tau) diantaranya adalah,

1++ Islam melarang umatnya menzalimi haiwan : sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud : seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga  di tanah.
(Riwayat al-Bukhari)


2++  Sabda Rasulullah s w.t. bermaksud : sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap  sesuatu, maka apabila kamu membunuh elokkanlah pembunuhan itu, dan  apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu, dan  hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia  memberi keselesaan kepada binatang sembelihannya.
(Riwayat Muslim)


3++ terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang lain turut menceritakan tentang  tuntutan serta kelebihan berbuat baik kepada haiwan di antaranya ialah :  sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud : ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir  mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil  melihatnya. lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.
(Riwayat al-Bukhari)

*sampai sini saja tuan punya belog boleh ceciterkan kt korang semua hadis-hadis dan riwayat-riwayat yang diambil daripada beberapa references -_-

p/s : letih selepas menjadi pak drebar sepenuh masa menghantar adik ke MRSM

...Thanks for reading... ~sharing is caring©~



2 comments:

afifah said...

ape yg best cgt tah dera haiwan gtu...trend bengong..

Muhamad Syafiq said...

betuibetuibetui tu -_-