Trik dan Tips kt bawah ni korang boleh amalkan supaya selipar@sandal
korang tak ada la lagi kes hilang bawak pergi masjd lepas ni.
1. Jangan memakai selipar@sandal yang branded sangat la. mcm
2. Jika anda terpaksa memakai selipar@sandal branded, simpanlah sandal anda di tempat yang jauh, contohnya mcm letakkan la sandal sebelah kanan korang tu satu kt Masjid Jamek, dan sebelah kiri tu pula kt Masjid India.
3. Letakkan password dan alarm pada selipar@sandal korang.
4. Pasanglah kamera dan tracker built-in GPS secara tersembunyi pada selipar@sandal korang, sebab dgn cara ni, korang boleh pantau kt mana posisi selipar@sandal korang jika ianya dicuri. kalau nak letak kotak hitam pun boleh. tapi cara ni memerlukan kos yg tinggi la pulak :D
5. Jadikan selipar@sandal anda sebagai aksesori yang boleh dikalungkan dileher atau jadikan sebagai anting-anting. supaya ianya boleh dibawa kemana-mana dalam apa jua situasi.
6. Buat kotak untuk anda simpan selipar@sandal korang mcm berbentuk kotak derma, selain selipar@sandal korang selamat dari dicuri, ia juga akan mendapatkan sumbangan amal secara tak sengaja :)
7. Gunakanlah selipar@sandal yg berbeza. sebelah kanan kaler pink dengan hiasan bunga matahari, sebelah kiri pula kaler kuning dengan hiasan kepala tengkorak. cara ni selalu dipraktikan semasa kt asrama dulu :)
8. Gunakanlah saiz selipar@sandal yang berbeza, contohnya selipar@sandal sebelah kanan bersaiz 37, dan belah kiri bersaiz 100. pelik ? tapi berkesan ! :)
9. Gunakan selipar@sandal yg sama kedua-duanya iaitu kedua-duanya belah kanan atau kedua-duanya belah kiri.
10. Modified selipar@sandal korang tu dengan menambah manik-manik, butang dan apa-apa la barang perhasan menarik yg korang ada korang simpan selama ni. tak pun, cuba buat lubang di tengah selipar@sandal korang, sehingga ianya tak boleh dicuri sebab kompem pencuri tak ada mood langsung nak curi.
11. Letakkan sehelai kertas di atas sandal anda yang berbunyi 'sandal ini _______ (nama kamu) yang punya !' , ‘sandal ni murah je kot, jual pun tak laku la !’ atau korang boleh tulis announcement mcm ni, ‘sebenarnya ni bukan sandal ! sumpah ini bukan sandal !’.
12. Tips terakhir yg paling berkesan dan menjimatkan kos ialah dengan memakai selipar jepun atau kasut, supaya korang betu;-betul tak akan kehilangan selipar@sandal lagi.
No comments:
Post a Comment