Wednesday, April 27, 2011

Dimana Tempat Tinggal Roh Selepas ..

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat iaitu" :

· Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
· Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
· Ruh para mereka yg berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
· Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
· Ruh para mukmin yg berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
· Ruh anak-anak orang yg beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
· Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa : "Tiga kelompok manusia yg akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :

· Orang-orang yg mati syahid.
· Orang-orang yg mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
· Orang yg puasa hari Arafah.



No comments: