Friday, April 08, 2011

9 Sebab Kenapa Sesebuah RELATIONSHIP Tu Tak Mampu Bertahan




1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" @ "killer" utama dalam sebuah perhubungan selain salah satu daripadanya ialah berdosa besar. ia umpama ledakan gunung merapi berskala 10.0 ritcher yang meletus dengan hebat . ada juga yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, agar mereka tak mahu hati pasangannya terluka. ada sesetengah orang tu pula, langsung tak dapat terima hakikat bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. sesetengah lelaki pula menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. dan ada pula lelaki yang inginkan kebebasan (freedom), tetapi dikongkong. hal-hal macam ni la yang membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. tapi ada sesetengah wanita tu, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. jadi, kalau timbulnya konflik  sebegini rupa, I'Allah perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan (bukan pantang bersalin) bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. belajarlah dari kesilapan (learns from mistakes), jangan  la sesekali cuba mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berpacarancakaran. ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan sampai sberemangat post status dekat FACEBOOK pasai relation mereka... mereka ni sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama. berkesudahan GOODBYE !

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. mereka ni sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga

Tak mustahil, kengkawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tak stabil. lagi-lagi pengaruh kuat kengkawan dan keluarga boleh mempengaruhi sesuatu keputusan anda. jangan kuat  sangat berperangsangka. kalau macam tu la gayanya, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.





~sharing is caring©~



2 comments:

Eqa Yazid said...

hal hal yg menyakitkan hati.
sangatt setuju.

Muhamad Syafiq said...

@Eqa Yazid : ber"Goodbye" :D