Kengkadang tu, dalam kita mengharungi kehidupan seharian, ada beberapa perkara yang kita sendiri tak perasan ada something berlaku di sekeliling kita. ada waktunya kita cuma perasan apabila ia sudah tiada di mata. sesuatu yang anda tidak perasan atau tak terfikir langsung.
1. sekurang-kurangnya ada lima orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda atau menyayangi anda dalam beberapa cara.
2. sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
3. senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
4. setiap malam, ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
5. anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
6. kalau bukan kerana anda seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
7. anda seorang yang istimewa dan unik pada mata seseorang.
8. seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
9. apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah di sebaliknya.
10. sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula mungkin anda yang meminggirkan mereka.
11. apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda inginkan, mungkin anda tidak akan memperolehnya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan berjaya memilikinya.
12. jangan takut untuk meluahkan perasaan anda. anda akan berasa senang bila seseorang mengetahuinya.
13. sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya bahawa dia adalah yang terbaik.
No comments:
Post a Comment