Tuesday, April 12, 2011

5 Tanda Lelaki Terlalu Lama Sangat Ber "SINGLE"



Menjadi seorang yg single memang sangat seronok. bebas bernafas melakukan apa saja, mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun. tapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan kau akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal kau. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih dan keseorangan.

1. Perasan semua awek suka pada kau

Bila awek lalu sebelah dan senyum kat kau mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walau mcm mana pun, menjadi single untuk masa yg terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat awek tadi senyum sebab kau memang hensem, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kau atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi kau masa makan tengah hari.

2. Membina tabiat makan yang tidak elok

Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yg kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama single. Ataupun kau asyik makan kat luar je.

3. Kau banyak sangat main games

CS ? DOTA (Dunia Orang Tiada Awek) ? FIFA 2010? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kau dah ada awek nanti kau dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha gal?

4. Kau meluahkan perasaan dekat perempuan

Apa lagi tanda yg kau telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yg keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yg sedang desperate nak berawek.

5. Kau mula stalk awek lama kau

Berterima kasih kepada internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip nama ex-girlfriend’s kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. latest, dengan adanya Facebook dan Friendster or apa-apa lagi la. bertambah senanglah kau nak buat kerja stalking ni kan ?



~sharing is caring©~



No comments: