Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

Malaikat Maut Mengintai Kita 70 kali Sehari



Monday, April 25, 2011

Dimana Letaknya Kesabaran ?

Suatu hari, Rasulullah S.A.W sedang berjalan pulang menuju rumah beliau. Di tengah perjalanan, beliau lalu berhampiran dgn sebuah kawasan perkuburan. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang wanita sedang menangis teresak-esak seorg diri di tepi sebuah kubur.


Friday, April 22, 2011

Tuesday, April 12, 2011

ganjaran berwuduk serta hikmatnya :D





: Rasulullah s.a.w bersabda :
"Barang siapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya" (Hadis Riwayat : Muslim)

Wuduk yang sempurna disertakan niat yang jelas pasti dirahmati Allah. I'Allah kita akan dapat melakukan solat dgn khusyuk dan diterima Allah. Banyak hikmahnya berwuduk disertakan dgn niat kerana ia sangat berguna didunia dan diakhirat juga.

KETIKA BERKUMUR
berniatlah,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
kenapakah ?
kerana setiap hari tanpa kita sedari, kita kadangkala bercakap perkara yg tidak berfaedah dan dengan niat sedemikian, kita tidak lagi memperkatakan sesuatu yg tidak membawa kebaikan.

KETIKA MEMBASUH MUKA
berniatlah,
"Ya Allah, putih dan serikanlah wajah ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini"
kenapakah ?
Ahli syurga, wajah mereka berseri-seri dan semoga kita tergolong di kalangan mereka.

KETIKA MEMBASUH TANGAN KANAN
berniatlah,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kanan ku ini"
kenapakah ?
ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan, semoga kita tergolong dlm golongan ahli syurga.

KETIKA MEMBASUH TANGAN KIRI
berniatlah,
"Ya Allah, janganlah kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku"
kenapakah ?
ahli neraka akan diberi hisab melalui tangan kirinya nanti, semoga kita terhindar dari menjadi golongan ahli neraka.

KETIKA MEMBASAHKAN KEPALA DENGAN AIR
berniatlah,
"Ya Allah, lindungilah aku dari panas terik pancaran matahari di Padang Masyar dengan Arasy Mu"
kenapakah ?
panas di Padang Mahsyar nanti , matahari hanya sejengkal dari atas kepala.

KETIKA MEMBASUH TELINGA
berniatlah,
"Ya Allah, ampunilah dosa2 telinga ku ini"
kenapakah ?
Setiap hari kita ada mendengar dan terdengar org mengumpat, mengkeji dan memfitnah dan juga perkataan-perkataan buruk dan tidak elok didengar.

KETIKA MEMBASUH KAKI KANAN
berniatlah,
"Ya Allah, permudahkanlah aku ketika meniti titian Siratul Mustaqim nanti"
kenapakah ?
kalangan ahli syurga akan menitinya sepantas kilat nanti.
KETIKA MEMBASUH KAKI KIRI
berniatlah,
"Ya Allah, bawalah aku pergi ke tempat2 yg mulia seperti masjid dan majlis ilmu, bukan ditempat2 maksiat"
kenapakah ?
kerana semua ketentuan qada dan qadar ditentukan oleh Allah.

Marilah kita sama-sama mengamalkannya semasa kita berwuduk, hanya perlu niatkan sahaja dlm hati semasa kita berwuduk nanti kita akan dapat rasa kepuasannya semasa berwuduk. semoga wuduk kita sempurna seperti yg disarankan dan doa2 kita itu nanti dimakbulkan Allah swt .




~sharing is caring©~



Friday, April 08, 2011

Allah S.W.T menolak 1 doa drpd 3 doa Rasullah S.A.W


'Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

Sunday, April 03, 2011

doa apabila dipuji



siapa kata doa selepas dipuji oleh orang lain tak ada ?. ok, nak sharing dengan korang semua doa yang sepatutnya kita baca apabila kita mendapat pujian daripada seseorang. tiada siapa yang tidak suka dipuji. pujian sebenarnya sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan seseorang itu menjadi ujub ( bangga diri) dan sombong. hanya Allah sahaja yang layak dipuji secara mutlak. Rasulullah S.A.W. juga tidak suka bila melihat orang lain memuji-muji. Sabdanya :

"Bila kamu melihat orang-orang yang sedang memuji-muji dan menyanjung-nyanjung maka taburkanlah pasir ke wajah-wajah mereka." ( Imam Ahmad)

Oleh yang demikian rasulullah saw mengajar kita agar membaca doa ini agar kita terselamat daripada sifat-sifat keji yang boleh membinasakan diri kita. Doanya ialah :


اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ بِمَا يَقُوْلُوْنَ، وَاغْفِرْلِيْ مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَاجْعَلْنِيْ خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ

Maksudnya : Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku karena apa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui. Dan jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka sangkakan.( Imam al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad,disahihkan oleh al-Albaniy)

selamat beramal dari saya juga seorang hamba Allah yang banyak kekurangannya :D





~sharing is caring©~



Wednesday, March 30, 2011

Fakta Menarik Mengenai Islam :D




20 Fakta Menarik Tentang Islam hari ni saya nak kongsikan bersama kipas lipas semua  yang mungkin korang dah di'mention'kan awal-awal lagi. selamat membaca dan menghayati ! :D

1. Tahukah kamu? ternyata NAMA yang paling banyak diguna di dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”.

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.

3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan 'Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24.

5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030.

6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera dibackup direcovered semula oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

7. Pemeluk Islam bertambah 2.9% per tahun. pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% per tahun.

8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari (Stats 1997).

9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11.

10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi.

11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.

12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:

13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet BUMI itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars marikh dan masih berlanjutan. peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat. (Sumber : klik sini)

14. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.

15. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah s.a.w menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.

16. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, Perang Uhud.

17. Musa a.s adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.

18. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

20. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

~SEKIAN TERIMA KASIH~




~sharing is caring©~



Wednesday, March 23, 2011

3 cara Allah berbicara dengan kita -_-




Tahukah anda semua, bagaimana sebenarnya Allah berbicara dengan manusia ?.
Allah  berbicara dengan manusia dalam tiga (3) kaedah. 

TSUNAMI di Jepun sebalik AL-QURAN




selamat pagi semua! ok, pepagi buta ni nak sharing caring dekat korang semua pasai TSUNAMI yang baru berlaku di Jepun sana tu. hanya untuk sekadar renungan kita bersama. mari flashback semula -_-



1. tarikh yg berlaku adalah pada 11/03/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 06/04/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 - 32.
3. jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4.dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4


Sunday, March 20, 2011

adakah ianya suatu bala?



adakah tsunami di jepun disebabkan bala
akibat daripadaperbuatan manusia sendiri seperti dalam 
video dibawah ni atau ianya telah ditakdirkan sejak awal lagi ?
entry ni bukanlah nak menjatuhkan maruah negara itu, tambahan pula hampir seluruh negara jepun itu disapu bersih oleh tuan tsunami. so, hope korang semua nilai sendiri.
apa-apa pun, tazkirah takziah buat warga jepun disana.
 -_- check this out -_-


Friday, March 18, 2011

biodata syaitan yang anda perlu tahu ^-W-^



Nama sebenar :: iblis laknatullah
Waktu mula jahat :: selepas enggan sujud kepada Nabi Adam
Status :: fasik kelas pertama
Agama :: kufur

Friday, February 18, 2011

'SALAM' atau 'AS SALAM'


Menjadi kewajipan saya sebagai salah seorang umat islam untuk sharing emel yg telah dikirimkan oleh salah seorang rakan e-mel. minta maaf jika sekiranya sudah mengetahui dengan lebih awal. pada yg baru tahu selamat menghayati entry ini :)


 بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

  اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz"Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum"
dan…Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
"WAALAI KUMUS SALAM"dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
"WAALAI KUM SALAM"
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
"Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye" contoh lerr…
Dan bukannya : "Kirim salam kat ASHREE yer"
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti " Ko tolong kirim salam maut kat dia yer".
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan"A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform"A'kum" dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan "Assalamualaikum".
* Jangan guna "Bye" kerana"Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud "Di Bawah Naungan Pope."
* Jangan guna "A'kum" kerana"A'kum" bermaksud "Binatang" dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna "Semekom" kerana"Semekom"bermaksud "Celaka Kamu."Gunakan perkataan " As Salam" sebagai singkatan bagi"Assalammualaikum."
Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Sekian, semoga ada manfaatnya
Sent from my iPhone 

~sharing is caring©~ 


Tuesday, February 15, 2011

selawat ke atas nabi Muhammad s.w.t.


...Bismillahirrahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.t to reader semua.  maaf jikaku terlambat buat enrty ni sbb wish pada kamu semua selamat menyambut maulidur rasul bagi tahun 2011 ini bersamaan 1432 masihi.
semoga memperbanyakkan dan menggandakan lagi amalan ibadah seharian kita serta banyakkanlah selawat ke atas nabi junjungan kita nabi MUHAMMAD S.A.W. iaitu nabi terakhir bagi umat islam semua.
semoga amalan kamu semua diterima oleh Allah. InshaAllah. 
~Ameen~