Sunday, April 03, 2011

doa apabila dipuji



siapa kata doa selepas dipuji oleh orang lain tak ada ?. ok, nak sharing dengan korang semua doa yang sepatutnya kita baca apabila kita mendapat pujian daripada seseorang. tiada siapa yang tidak suka dipuji. pujian sebenarnya sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan seseorang itu menjadi ujub ( bangga diri) dan sombong. hanya Allah sahaja yang layak dipuji secara mutlak. Rasulullah S.A.W. juga tidak suka bila melihat orang lain memuji-muji. Sabdanya :

"Bila kamu melihat orang-orang yang sedang memuji-muji dan menyanjung-nyanjung maka taburkanlah pasir ke wajah-wajah mereka." ( Imam Ahmad)

Oleh yang demikian rasulullah saw mengajar kita agar membaca doa ini agar kita terselamat daripada sifat-sifat keji yang boleh membinasakan diri kita. Doanya ialah :


اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ بِمَا يَقُوْلُوْنَ، وَاغْفِرْلِيْ مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَاجْعَلْنِيْ خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ

Maksudnya : Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku karena apa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui. Dan jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka sangkakan.( Imam al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad,disahihkan oleh al-Albaniy)

selamat beramal dari saya juga seorang hamba Allah yang banyak kekurangannya :D





~sharing is caring©~



No comments: