bukannya senang nak cari kawan yang baik sekarang ni kan ? plus(+) plus(+), bukan senang la jgk nak jadi kawan yang baik kepada kawan kita tu...
>>> kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
>>> kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
>>> kawan yang baik adalah insan yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
>>> kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
>>> kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
>>> kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
>>> kawan yang baik adalah tempat yang menjadikan kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
>>> kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
>>> kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
>>> kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
>>> kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
>>> Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
>>> Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
>>> Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
>>> kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
YANG paling penting kalau kita nak dapat kawan yang baik, kita mestilah terlebih dulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita tu. betul tak ?
persoalannya disini, adakah "kita" kawan yang baik ??? :D
6 comments:
sadis nye.
aku sangat sangat tersentuh bab2 kawan baik. huuuu
kita kawan dari kecikkan ada ? haha
kawan yg baik takkan selfish dengan kawan yg lain :)
saya tahu saya bukan kawan yang baik :(
sy mg xbek..sy jahat..nakal...
jgn berkata begitu~
Post a Comment