Wednesday, March 23, 2011

3 cara Allah berbicara dengan kita -_-




Tahukah anda semua, bagaimana sebenarnya Allah berbicara dengan manusia ?.
Allah  berbicara dengan manusia dalam tiga (3) kaedah. 

Kaedah yg pertama (1) adalah dengan Al-Quran. Dalam kitab yang agung ini, manusia dijelaskan akan asal-usul kehidupan, hakikat penciptaan dan kehidupan selepas kematian serta panduan kehidupan diatas muka bumi. Kehidupan berlandaskan Al-Quran ini diterjemahkan oleh rasulnya yg mulia, Muhammad S.A.W. Namun ramai manusia mengabaikan kalam agung ini, hatta kaum muslimin sendiri. Yg membacanya pun ramai seperti burung kakak tua yang mengungkapkan kalam indah yg tidak difahaminya.

Kaedah yg kedua (2) adalah dengan bahasa keunikan dan keindahan ciptaannya. Keseimbangan ekosistem alam, keharmonian peredaran bumi dan planet-planet di atas orbit tanpa tersasar walaupun 1 cm. Bahkan di dalam diri manusia sendiri terserlah kehebatan dan keunikan ciptaan Allah, jantung yg terus menerus taat berdegup, buah pinggang yg setia menjadi penapis segala sisa-sisa yg tidak diperlukan, keharmonian segala organ tubuh badan manusia adalah antara tanda kebesaran yg sering diabaikan. Namun manusia sering mengabaikan bicara bahasa ciptaan ini. Lebih malang ada yg mendakwa bahawa segala-galanya terjadi sendiri. Sungguh tidak masuk akal !.

Kaedah yg ketiga (3) adalah melalui siri-siri peringatan yg didatangkan dalam bentuk yg pelbagai, mungkin dalam bentuk musibah yg melanda diri dan yg paling menggerunkan adalah mungkin apabila datang dalam bentuk bencana alam yang memusnahkan. Tatkala datang bala seperti ini, ia menjadi pengajaran untuk hati-hati yg ingin kembali kepadanya agar kembali ingat dan melaksanakan tugas khalifah untuk memakmurkan bumi ini.

*renung-renungkan dan selamat beramal!



~sharing is caring©~



No comments: