Saturday, February 19, 2011

Fraser Hill




riding kali ini dinamakan riding "everybadi sepontan" ke Fraser Hill bersama-sama rakan computer programming. siapa kata kami hanya perlu berada di depan komputer sahaja buat koding memanjang? see the brain la kalau nampak, kami pun sebenarnya perlu mencari sesuatu yang baru bukan setakat di laman sesawang spiderman, tetapi juga ke dunia yg realiti. maksud saya bukan program realiti.

berbalik kpd ceritera asal, cuma saya dan azri yang berhajat ingin menawan cik fraser hill kerana si azri ni jadi tukang touring guide saya. entah kenapa tetiba pada kali ini angin rakan-rakan lain, akmal, zizan (bukan raja lawak yg sebenar), miwan dan ajis turut serta dalam rombongan cik kiah ke fraser hill.  perjalanan kami bermula pada pukul 11am dan mula beransur pulang pada pukul 8pm. Alhamdulillah sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumput yang terpaksa bersendirian solo rider pada ketika itu tiada apa-apa perkara buruk diingini terjadi kepada saya. mana tidaknya 51km terpaksa ditempuhi tanpa sebarang lampu jalan sepanjang perjalanan dan bertemankan lampu kapcai. Opss, tidak lupa juga bertemankan KIRI KANAN HUTAN iaitu sesuai bebenor dgn nama  K uala K ubu B aharu.

di sepanjang jalan saya tidak putus2 memohon doa diberikan kekuatan dan perlindungan ke atas diriku. 
kerana ia mengingatkan saya kembali cerita yg baru terjadi semasa solo rider ke genting highland pada 12/02/11, ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.  semasa melalui terowong karak at 6.30pm. rasa kebingungan kabus betul-betul tebal semasa di terowong tersebut. yg tu belum rasa pelik lagi kan? apa yg bertambah plus plus bingungnya, kabus tersebut teramat lama dan panjang sepanjang di dalam terowong tersebut sehingga saya sendiri berkata dlm hati nurani "eh, peliknya rasanya terowong ne xde la panjang mana. kenapa susah sangat nk lepas keluar dari terowong ne!" Allah Maha Besar dan hanya ingin menguji hambanya yang seorang ni. selepas beberapa potong ayat yg diingat ketika ditimpa apa-apa bala bencana dibaca didlm hati, Alhamdulillah... syukur aku terlepas daripada permainan syaitan yang ingin menyesatkan manusia semata-mata.

kepada azri yg mengalami kemalangan kecil ketika menaiki fraser hill dgn selamba beliau berkata 'adat resam asam garam gula tepung tawar rider mmg kita perlu tempuh accident spt ini' (ayat coverline tahan sakit)

hasilnya? inilah gambau-gambau yg sempat diambil oleh
jurussalamkamera tidak bertauliah :)

ada apa pada fraser hill?



welcome

entah apa yang lawaknya

cakap saja nk kemana...

sempat berceloteh

azri si tukang guide

inshaAllah gambar akan diupdate lagi sementara menunggu rakan yg lain habis mengUPLOAD :)
*saya punya kepara kepala perlu diletakkan atas bantal untuk menghilangkan sedikit headace dan berharap apabila bangun semula semuanya akan kembali pulih seperti biasa.
~ Ameen~

p/s : terima kasih kpd sesiapa yg telah memberikan support riding kali ini sama ada existing mahupun tidak :)

No comments: