Minggu lepas punya Wedding bertarikh 1 Julai 2012 baru sempat aku publish hari ini. Saudara sebelah ayah di Putrajaya. Lama juga tak merasa nasi minyak. Mungkin sekarang aku sibuk dengan kerjaya setelah pada masa dulu aku sibuk dengan segala assignment .. Kerja apakah pula tu ? Takde la pegang jawatan Manager mahupun bos kecil .. cuma kerja yang ada kaitan dengan bidang IT .. selebihnya rahsia. suatu hari nanti mesti akan tahu juga.
Apa yang seronok boleh aku katakan .. pengalaman luas, sebelum sebelum ni mungkin aku belajar IT. tapi bila di alam pekerjaan pula lain ceritanya .. pengalaman baru di tempat baru akan mengajar kita sesuatu yang baru. Istilah penat memang perlu ada lagi kita orang baru nak desak diri cepat menyesuaikan persekitaran..